Aku melemparkan pandanganku di luar bilik hotel yang tidak jauh dari Pelabuhan Utama Malaysia Baru. Kapal-kapal yang melabuhkan sauh ku tatap satu demi satu. Pencemaran sudah tentu. Kapal-kapal ini bukan sahaja membawa pencemaran dari cerobong asap. Tetapi yang turut sama dibawa adalah toksin-toksin yang membarah. Hampa, aku hampa.
Aku merasakan semenjak Malaysia Baru tercipta, keadaan makin karut dan aku kena mencarut. Bukan, bukan mencarut kepada Tuhan. Tetapi kepada makhluq Tuhan yang entah apa-apa. Semasa mereka bukan kerajaan dan masih membangkang entah apa-apa, hampir 99% tindakan Kerajaan Barisan salah belaka. Ya, memang aku setuju pun.
Tetapi, kenapa kini jadi begini?
Celaka! Aku tunjuk isyarat fuck kepada seorang pemuda dan pemudi yang berpeluk cium dan pandang tak senang kepada mata aku yang menjeling tajam mereka. Di kawasan taman sekarang sudah macam taman seks binatang tak tahu malu. Sudah jadi macam Negeri Jepun. Maju dari penstrukturan bangunan, tetapi hampa dari sudut moral, kemanusiaan. Modal insan? Setan.
Aku meliarkan pandangan aku memerhatikan bangunan demi bangunan yang terisi di Kota Pelabuhan Utama. Tahun 20XX begitu meluluhkan.
Sebelum ini, aku adalah ahli FI yang cukup setia meski Hurriyet, sebuah parti politik tidak berdaftar dan tidak masuk pilihanraya rajin menggoda aku yang selalu ungkap, “la ma’buda bi haqqin illallah.”
Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Demokrasi, memakan diri. Apa result akhir bagi sebuah demokrasi? Semenjak Khilafet diruntuhkan dan demokrasi diperkenalkan, apa jadinya umat ini?
Kerancuan, kebuntuan dan kemaksiatan bermaharajalela. Rakyat kan nak disko? Kita mampu halang? Rakyat kan nak seks? Kita mampu jerkah? Demokrasi, untuk mereka. Neraka untuk kita.
Aku tatap sebuah sajak yang aku gubal semasa aku menjadi seorang aktivis Islam di kampus waktu aku muda remaja di alam mahasiswa.
Sajak itu sekarang aku pelekat di dinding bilik hotel murah aku. Sajak yang aku karang di pagi Jumaat itu berbunyi,
Jumaat yang mulia,
aku memohon maaf kepadamu,
terpaksa aku memuntahkan
caci maki kejiku,
kepada pengagum demorasi yang keliru.
Saat,
umat Islam dibantai,
dibakar sampai rentung,
tidak ada siapa yang peduli.
PBB?
Pergi mati.
Jumaat yang mulia,
saat leher lelaki-lelaki Bosnia
disembelih serbia,
Tuhan demokrasi mengatakan:
Pergi jahanam dengan umat Islam!
Sekali mereka melawan,
kita akan tuduh mereka Taliban.
Dua kali mereka sebut pasal nak takluk kuasa,
kita akan kata,
mereka Alqaeda!
Jumaat yang mulia!
Aku mohon kau sama-sama merayu kepada Tuhan,
agar,
bantuan diturunkan.
Aku menangis sekali lagi
wahai Jumaat yang Mulia
Tidak ada,
tidak ada keuntungan apa-apa
kepada umat Islam
selepas Demokrasi deperkenalkan,
dan khilafah diruntuhkan.
Dunia,
pasca khilafah
amat meluluhkan,
benar
wahai Jumaat yang mulia
umat Islam seakan disihir
dengan ucapan:
demokrasi, kembar syura!
pergi jahanam dengan demokrasi
Wahai Jumaat yang mulia!
Demokrasi, untuk mereka,
neraka untuk kita.
Siti Shahrini, seorang mahasiswi tahun akhir, perempuan yang aku suka, memuji sajak ini. Aku tersenyum puas tika itu. tetapi, apakan daya aku. Suka, tidak mesti menjadi cinta. Kadang-kadang, suka boleh menjadi lara. Aku lara kemudian ketika mendapat tahu yang dia telah ditunangkan dengan lelaki pilihan ibunya. Aku?
Aku, tetap begini. Lelaki yang teruja dengan revolusi, cinta pada revolusi. Tidak mampu berdiam diri melihat kebejatan demokrasi. Dan, macam-macam lagi. Siti Shahrina aku fikir tidak mampu duduk tenang dengan aku.
Tidak mengapalah. Itu sudah tertera di langit sana yang Siti Shahrina bukan jodoh aku. Tidak mengapa, perempuan boleh dicari. Hidup berjuang hanya sekali. Barangkali, bidadari adalah isteri aku nanti.
Berangan, ketawa aku sendirian. Aku beralih ke jendela satu lagi. Masih lagi memerhatikan kapal-kapal besar dan lori-lori kontena yang mengangkut barang.
Arak dan babi ada ruang hidup dalam demokrasi? Sudah tentu ada. Dulu, aku kabur akan makna semua ini. Sangka aku demokrasi itu begini: Kembar syura!
Meleset, melesat, dan melecet, melecehkan. Penipu!
Nak fahamkan sosialis demokrat tentang hudud mengambil masa selama lebih lima puluh tahun. Itu belum masuk lagi pasal Islamic State. Ustaziatul ‘alam? Jauh panggang dari api. Sudahnya, kita ke mana??
“Akhirnya, akhirnya kita ke mana?” Tanya seorang anggota Hurriyet yang juga abang angkat aku.
Aku mengangkat bahu, mengerutkan kening ketika itu tanda aku masih buntu, tanda aku masih keliru dan tanda aku masih tak tahu.
Dakwah ala pilihanraya FI juga turut dipertikai Hurriyet. “Kamu menang di Kelantan 1990. menang kemudian di terengganu tahun 2000, Hudud kamu macam mana?”
Aku, terkesima dan merasa seperti ditampar mendengar bicara tenang, Muhajir, anggota Hurriyet yang sengaja berhijrah dari tanah seberang dan menyebarkan idea Khilafet. Muhajir banyak kali buat aku terpana.
“Yang kita nak serukan sebenarnya, bukanlah sebuah revolusi. tetapi, kebangkitan Tuhan mengatasi mahkluq-makhluq Tuhan. Ha, kau sendiri yang belajar semua itu di pondok suatu ketika dahulu, apa tak betul kata-kata aku?”
La ma’buda bi haqqin illallah, la ma’buda bi haqqin illallah, seru aku dalam hati waktu mengadap Muhajir di luar surau yang juga menjadi rumah sewa Muhajir.
“Hurriyet pun ada kepincangan yang tersendiri. Mereka kadang-kadang tidak memahami waqi’, suasana masakini. segala-galanya mahu cepat begitu sahaja. Tidak mahu tadrij, pemeringkatan demi pemeringkatan. Tidak mahu berperingkat-peringkat.”
Aku ketika itu hanya diam mendengar sahaja. Sumpah, perkara tentang Khilafet aku jarang dengar lewat ceramah-ceramah FI. Ceramah-ceramah FI semasa itu dan masakini jua hanya bicara pasal korup, nepotisma, Kerajaan Barisan yang mesti diruntuhkan, dan itu sahaja.
“Ya, benar. Itu masalah Hurriyet. Tetapi, abang begini. Abang tak berniat, sumpah abang tak ada niat nak ajak kau masuk sertai Hurriyet. Abang cuma nak kau bawakan idea Khilafet yang dilupakan ini ke mana-mana sahaja. Kalau kau, lebih selesa dengan FI yang kau yakini sebagai sebuah force Islam yang terunggul di Malaysia Baru, silakan.”
“Tidak ada paksaan kan bang?” Kata aku dan Abang Muhajir ketawa kemudiannya.
“Politik Islam harus punya makna yang lebih besar dan mendalam. Saat Britis memeta-metakan kita dan meletak sempadan itu dan ini, kenapa kita harus rancu sama dan bermain dalam kotak sempit yang sama?”
“Maksud abang?” Aku bodoh dan bertanya.
“Khilafet, khilafet, khilafet…,” Kata Abang Muhajir.
kirim salam sama abang kamu yang juga pejuang dalam aliran hurriyet. Apa, hurriyyet itu asalnya dari tanah Turki? ekeke…
ramai pejuang berani berjuang
menentang musuh lahirnya
mereka ghairah menumpaskan
musuh yang nampak di mata
tetapi malang sekali
mereka lemah berjuang
terhadap musuh batinnya
nafsu dan syaitan
lantaran itulah di dalam perjuangannya
mazmumah menjadi pakaian diri
sebenarnya musuh pejuang bukan manusia
tapi nafsu dan syaitan yang amat jahatnya
berjuang terhadap manusia untuk di islamkan
dan yang islam hendak ditingkatkan islamnya
agar mereka selamat dari api neraka
pejuang yang sebenar adalah penyelamat
di waktu kita berjuang
mereka ambil peluang
merosakkan hingga terkorban kasih sayang
padahal kasih sayang disukai tuhan
engkau berjuang tiada kemajuan dan kejayaan
perjuangan kamu kejayaan nafsu dan syaitan
sebenarnya engkau tertipu dalam berjuang…
Hurriyet? Apa ertinya? Kebebasan atau kemerdekaan? Hurriyah?